Airmata Terakhir

Airmata Terakhir
"Hidupkan hati dengan ilmu...........Suburkan iman dengan amal"

Wednesday, July 11, 2012

Duhai Suami Dambaan Isteri

"Assalamualaikum cikgu! Cikgu dah tengok belum gambar yang saya post kat wall fb saya? Tulah dia orangnya cikgu yang saya cakap tu. So,sekarang ni saya nak tanya pendapat cikgu,apa hukum kita minta cerai?"


"Macam ni ye,Riham. Jikalau suami kita tu baik dan soleh, haram bagi kita minta cerai kerana tiada sebab kita nak minta cerai. Kes Riham ni pula, penceraian adalah jalan yang terbaik kerana lelaki macam dia tak layak jadi suami Riham. Dia sudah tidak berlaku adil pada Riham dan tiada kebaikan mengharapkan lelaki seperti dia menjadi suami ye."


"Abis tu,apa yang perlu saya lakukan sekarang cikgu? "

"Riham cuba buat dia stress k! Syah pasti orang macam dia takkan bertahan punya."

"Riham cakap macam ni ok tak cikgu?"

"Saya nak kita putuskan hubungan kita"

" Ko ingat ko bercinta ke? Ko cakap je terus terang yang ko nak dia ceraikan ko"


"Owh ok,cikgu, nanti Riham hantar sms kat dia ye,mekasih cikgu ye!"

Alhamdulillah, hari ni ramai jugak yang tempah ShapePlus Slimming. Memandangkan hari hujan, perjalanan untuk ke Pos Laju tergendala dan lambat tiba. Sebaik sampai depan Pos Laju pintunya sudah mula ditutup. Alahai takperlah tak ada rezeki nak poskan barang customer hari ni. Esok masih ada,insyaAllah. Begitulah tugas rutinku hari-hari apabila mendapat tempahan dari customer. Ada customer baru dan tak kurang juga customer yang repeat order. Alhamdulillah itulah rezeki yang Allah bagi tidak mengira siapa asalkan kita berusaha dan bertawakal padaNya.

Sebelum keluar rumah tadi aku call Ustazah Maznah, jiran yang tinggal depan rumah aku. Lama tak sembang ngan dia. Masing-masing memang sibuk dengan kerja. Alhamdulillah, Kak Nah memang baik dan sangat friendly orangnya. Perkenalan kami mula mesra saat aku mencari rumah sewa, dan aku masih ingat ketika itu aku dan suami bertolak dari Jertih setelah semua urusan di sana selesai. Walaupun pada asalnya kepulangan suamiku bertujuan membantu aku mengemas barang untuk pindah, tapi mata yang berfungsi ini masih tidak nampak keadaan itu berlaku. Aku pula memang tak pandai nak mengarah orang buat kerja itu dan ini. Akhirnya aku biarkan sahaja masa berlalu dan teruskan perjalanan pada hari-hari berikutnya.

Sudah beberapa hari aku mengemas rumah, badan pun memang sangat penat tapi aku biarkan saja kepenatanku dan buat-buat lupa seolah tiada apapun yang berlaku. Bagi aku suami adalah orang yang makamnya sangat tinggi dan aku mesti buatkan hatinya gembira. Apatah lagi, kami bukan selalu dapat jumpa kerana masing-masing tinggal berjauhan. Aku cuba jadi isteri yang solehah untuk seorang yang bergelar suami. Sebolehnya aku ingin bahagia bersamanya tapi apakan dayaku....


"Kak Nah, mailah jalan kat umah Riham"

"Ada apa kat rumah?"


"Hehehe....adalah...macam-macam"

Sebenarnya aku boring sangat, tu yang call Ustazah Maznah tu.

"Kalau jamu Pizza, oklah jugak"



"Heee....oklah Kak Nah, nanti Riham ke rumah Kak Nah ye? Riham belikan Pizza kat KT lepas poskan barang kat Pos Laju dulu. Lewat sikit Riham sampai"

"Jangan lewat sangat, sebab Kak Nah nak latih student debat."

"Ok!"


Setelah kenyang  makan  Pizza dengan Kak Nah,aku tunaikan solat maghrib sebelum pulang ke rumah.
Dalam hati masih tertunggu-tunggu apakah jawapan dari suami yang telah lewati hidup aku selama hampir 54 hari  yang lalu. Ketika menunggu Pizza siap dibawa pulang, sempat juga aku taipkan mesej untuk suami yang bakal aku tinggalkan.

"Salam....saya dah bincang ngn keluarga saya ttg apa yang dah berlaku...so saya pun tak tahan dah dengan apa yang berlaku....saya dengan nama Allah nak awak lepaskan saya.....minta lafazkan atau taipkan saja...."

Dua hari telah berlalu,langsung tiada khabar dia akan ceraikan aku. Isterinya yang pakai furdhah itu mula menunjukkan belangnya dan mempamerkan dirinya yang sebenar. Pagi Jumaat yang sangat indah itu telah dikotori dengan tohmahan,cacian dan fitnah yang sangat hebat sehinga hilang kesabaranku.


"Ko ni keluar ikut lubang babi ke ah, sial ko eh"

 " Eh tak payah la pakai furdhah kalau mulut sebegini buruk,apa guna cakap ikut sunnah,tapi perangai macam ni,memalukan agama je la"

"Suka hati akulah,ada aku menyusahkan ko?"

"Patutlah ko bergaduh ngan mak mertua ko,mulut ko tu...."

Walaupun aku tak pernah jumpa dengan Rosmah, namun aku ada dengar secebis cerita tentangnya dari mulut suamiku dan juga mak mertuaku. Patutlah mak mertua aku takut sangat dengan menantu dia dan inginkan aku rahsiakan perkahwinan aku dengan anaknya. Aku tak sangka dia sanggup keluarkan perkataan hina begitu. Sekaligus memadamkan kepercayaan aku pada kedua mempelai yang selama ini aku fikir punya ilmu agama yang tinggi  dan atas sebab agama itu jugalah aku telah terima lamaran suamiku Mohd Marzuki bin Abdullah.


"Ya Allah! sekali lagi aku tempuh ujian yang sangat hebat ini. "

 








Tuesday, July 10, 2012

Assalamualaikum wbt....alhamdulillah jumpa jugak password untuk blog ni.....lama dah tak berceloteh...kembali menulis dan memberi input yang terbaik buat sahabat2 yang dirahmati Allah....insyaAllah..

Monday, December 5, 2011

Cinta Terlarang

            Cinta itu suci anugerah Ilahi buat insan terpilih. Menjadi satu kenikmatan dalam merasai sebuah 
kehidupan jika dituruti dengan belaian kasih dan sayang dari insan tersayang. Namun cinta terbahagi kepada dua jenis, iaitu cinta yang direstui dan cinta yang terlarang.

                Cinta yang terlarang menjadi isu yang diperkatakan kini kerana ia sering melibatkan insan yang ketiga. Biasanya si suami suka mencetuskan masalah ini atas beberapa faktor yang sengaja dicari. Penglibatan orang ketiga dalam sesebuah hubungan baik hubungan suami isteri atau pasangan kekasih sering menimbulkan masalah kepada kedua belah pihak. Permulaan cinta terlarang ini berlangsung dengan begitu tertib sehinggalah pasangan berada di bawah aras sedar kerana terlalu fanatik dengan orang yang dicintai.

Wednesday, July 20, 2011

TIPS MENGERATKAN ‘KASIH SAYANG

 Sesungguhnya dengan ertikata dan sifat kasih dan sayanglah penyelesai bagi segala permasalahan dan penyelamat dari segala gangguan iblis laknattullah. Seorang individu yang mempunyai sifat kasih sayang yang tinggi, akan selalu berada dalam keadaan sangat tenang, tenteram, damai, harmoni serta akan merasakan sesuatu perkara yang dimiliki hanyalah bersifat sementara dan tidak akan pernah merasakan ralat akan sesuatu yang diinfakkan walau kepada sesiapa pun isyaAllah, dan dengan perasaan kasih dan sayang yang telus dan tinggi inilah juga anda mudah untuk meminta maaf dan memaafkan kesilapan orang lain.

Demikian jugalah sifat istimewa dan Maha istimewa yang ada pada Maha Pencipta seluruh alam AL-RAHMAN dan AR-RAHIIM ( Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang) dan sesungguhnya sifat yang Maha terpuji ini hanyalah ada pada Allah SWT dan dengan kerana sifat ini jugalah manusia yang hina dan sentiasa bergelumang dengan dosa seperti kita akan sentiasa dimaafkan, diampunkan sekiranya kita bertaubat.

Bagi mengerat dan mewujudkan rasa sifat kasih sayang yang mendalam diantara pertalian keluarga, sesama manusia, sahabat maupun kepada hubungan suami isteri kita perlulah sentiasa berada didalam keadaan memberi laluan atau beralah (tidak mementing hati atau diri sendiri / merasakan hati dan diri kita Allah lah yang menjaganya insyaAllah) dan yang paling penting sekali adalah mendahulukan kepentingan agama iaitu hukum ‘pertimbangan sunnah’. Maka dengan sifat begini akan timbullah perasaan kasih sayang yang telus dan tinggi serta insyaAllah dapat menghapuskan rasa dendam, irihati, dengki khianat sesama sendiri, tamak haloba, perasaan tidak puas hati serta sentiasa menyalahkan orang lain.

Kita haruslah mengikut contoh terbaik kepada junjungan besar Nabi SAW yang sentiasa dalam keadaan rendah diri, berkasih sayang sesama umat dan Nabi SAW juga tidak pernah mementingkan diri sendiri. Rasulullah SAW juga akan senentiasa berikan yang terbaik walau kepada sesiapa pun, walaupun rasulullah SAW tidak punya apa2 sekalipun.

Berikut adalah ringkasan tips bagaimana untuk mengeratkan kasih sayang diantara hubungan suami dan isteri…,



Isteri wajib mentaati segala perintah suami selagi tidak bercanggah dengan syariat islam.
 
Isteri perlu menganggap suami ini adalah jambatan untuk isteri mendapatkan redha Allah. 
 
isteri, wajib mengetahui dan mempelajari segala hukum yang bersangkutan dengan kehidupan berumahtangga dan hal yang berkaitan dengan ketaatan terhadap suami agar terpelihara amal ibadahnya dan memperolehi kebajikan dan menfaat di dunia dan akhirat.
 
Dosa yang teramat besar ialah menderhakai suami(sebelum tidur diharuskan meminta maaf kepada suami)
 
Laknat Allah adalah amat besar bagi seorang isteri yang keluar rumah tanpa izin suami
Para suami wajib mengajar isterinya akan segala ilmu Fardhu Ain dan isteri tidak boleh ingkar dan enggan untuk belajar.
 

Para suami adalah haram mencegah isteri untuk keluar belajar ilmu Fardhu Ain dan segala ilmu yang wajib dituntut sekiranya suaminya itu tidak berkemampuan untuk mengajar.
 
Para Isteri perlu menggembirakan hati suami dengan menyediakan minuman dan melemparkan kepadanya senyuman yang manis,

Para Isteri perlu untuk memberikan kasih sayang sekiranya ingin disayangi.
Para Isteri perlu mempamerkan wajah yang jernih dan ceria, di samping menjaga tutur kata lemah lembut dan tidak menyinggung perasaan suami.
Para Isteri perlu bersangka baik dengan suami dan jangan mempertikaikan kesetiaan suami.
 
Cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t dan suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi redha Allah.
Para Suami harus berlaku adil terhadap isteri.
Para Suami tidak boleh membiarkan isteri dan anak-anaknya terjebak dengan maksiat dan mungkar.

Allah s.w.t akan menghukumkan suami terlebih dahulu di dalam segala hal kebajikan berbanding dengan isteri dan anak-anaknya kerana suamilah yang menentukan segala hal dan berkuasa di dalam rumahtangganya.
Para suami digalakkan belajar ilmu agama dan bergaul dengan mereka yang arif tentang Islam.

Para isteri hendaklah mendorong suami untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan ibadah demi menyelamatkan keluarga daripada azab Allah.
Semoga dengan tips-tips yang ringkas ini dapat membantu anda untuk mewujudkan suasana kasih sayang dan perasaan harmoni serta mengeratkan kasih sayang demi kepentingan sirraturrahim dan kepentingan agama.
 
 by DrJaffry Hassan

Sunday, July 10, 2011

Hilanglah Rinduku



Di saat aku rindu kepadanya,akan kumainkan lagu ini di telinga.

Jatuh cinta sekali lagi?  
Sejauh mana cinta itu akan bertahan? 
Benarkah cinta itu lahir dari hati? 
Bagaimanakah menyuburkan cinta yang telah berputik? 
Ke manakah kan kau bawa cinta ini pergi?

             Percintaan bermula dari sebuah perkenalan yang dirancang ataupun yang tidak dirancang. Percintaan berlaku sekali atau lebih dalam hidup seseorang. Mungkin kejadian jatuh cinta sekali lagi membuatkan pasangan lebih berhati-hati menerima kedatangan cinta baru kerana takut dilukai dan disakiti oleh pasangannya. Cinta yang lahir dari hati yang tulus akan memastikan cinta itu akan bertahan hingga ke jinjang pelamin. Pasangan lelaki dan perempuan akan merancang untuk satu agenda penting dalam hidupnya kerana tidak mahu mengecewakan cinta yang terbina. Apabila keserasian telah ditemukan dalam satu momentum yang padu, segala kesulitan akan bertukar menjadi satu kemudahan yang tidak dijangka. Doa adalah senjata mukmin. Berdoalah sehingga kau temui kebahagiaan yang kau impikan bersama teman yang kau cintai. Layarilah bahtera impianmu itu dengan sulaman kasih sayang yang jitu,keikhlasan yang tulus,kesetiaan yang utuh,tunjang kebahagiaan dan keceriaan hidup berpanjangan. Hargailah cinta yang ada di depan mata. Usah dikejar cinta yang membelakangi Pencipta alam semesta. Bawalah cintamu itu ke syurga yang mengalir di bawahnya air-air sungai yang indah seindah cintamu padanya. Moga mekar cinta itu tidak akan layu dimamah zaman yang rakus ini. Amin.






Solat vs Islam Hadhari

            

                  Masa tak mengizinkan aku solat asar di rumah hari ni. Surau 1 Borneo jadi pilihan hati untuk tunaikan dua waktu solat. Sejurus lepas mengajar tuisyen buat adik Aizuddin, aku meluru keluar dari shopping complex menuju ke surau berdekatan dengan parking kereta. Kerdil rasa diri bila berada di rumah Allah, namun rasa sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menunaikan solat asar dan maghrib untuk 10 Julai 2011. Terdetik dalam hati untuk dikongsikan bersama teman-teman sekalian baik di facebook atau di mana-mana sahaja, bersyukurlah kita kerana masih lagi tunduk patuh pada perintah solat. Teramatlah sedih jika kita amati berapa kerat sangat orang Islam kita kini mengambil berat tentang solat?????



                Masa aku berada di surau tadi,timbul rasa sensitif untuk berkongsi bersama rakan-rakan fb perihal solat. Bukan nak cerita soal kaifiyah solat atau rukun solat, tapi nak rakan-rakan sama-sama alert!!!! Bukan nak mengutuk orang tak solat tapi nak menyampaikan pesan tak seberapa supaya kita ada rasa bersyukur terhadap kasih sayang yang Allah masih bekalkan kepada kita apabila kita menunaikan solat 5 waktu sehari semalam tu. Betapa Allah masih berikan hidayahNya kepada kita yang mungkin ada melanggar perintahNya. Namun sedarkah kita bahawa Allah masih sayangkan kita dengan mengingatkan kita tentang amanah yang perlu kita jaga sebaiknya iaitu SOLAT. 

                Walau di mana sahaja kita berada,perlulah kita ingat bahawa solat itu WAJIB. Tiang agama kita. Jika tiang itu kita robohkan,maka sia-sialah keimanan kita kepada Allah. Pun begitu, Allah masih nak ampunkan dosa kita. Itulah tandanya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Tiada umat Nabi Muhammad yang akan terlepas dari siksaan api neraka atas perbuatan salahnya yang telah lalu kecuali dengan bertaubat iaitu Taubat Nasuha. Taubat Nasuha ialah taubat yang dilakukan dengan penuh kesungguhan untuk tidak lagi mengulangi perbuatan dosa yang telah lalu dan berazam dengan yakin untuk tinggalkan perbuaan dosa itu.

                 Sama-samalah kita berdoa agar iman kita masih lagi wujud dalam sanubari kita, seterusnya jagalah hati kita demi sebuah cinta sejati yang tiada tolok bandingnya. Cinta Ilahi itu cinta hakiki. Titipkan rindu pada Allah pencipta alam ini. Moga cinta itu kekal sampai akhir hayat kita. Amin!!!!

Wallahu a'lam.....Bissowab.

Thursday, July 7, 2011

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

  1. Langit tidak selalunya cerah....kekadang kita sangkakan panas sampai ke petang....rupanya hujan di tengah jalan
  2. Pantai tidak selalu tenang....kekadang ombak menghempas deras...
  3. Bunga tidak selalu mekar.....lama-kelamaan ia layu di tasik hempedu...
  4. Baju yang dipakai tidak selalu baru.....lama-kelamaan ia menjadi lusuh...
  5. Wajah yang muda tidak selalu muda.....lama-kelamaan akan ditelan usia...
  6. Harta yang banyak tidak selalu banyak......lama-kelamaan ia akan berkurang...
  7. Masa yang lapang tidak selalu lapang.....lama-kelamaan ia semakin sempit seperti sekarang....bila kiamat sudah hampir..
  8. Nyawa yang dikandung badan tidak selalu kekal....bila tiba masanya ia akan pergi meninggalkan jasad kita....
Hargailah hidup yang kita miliki kini....walau apa jua bentuk kehidupan yang kita lalui sehingga hari ini....mungkin ada di kalangan sahabat mengalami ujian hidup yang tidak mampu ditanggung oleh orang lain. Namun ingatlah...segala ujian yang menimpa itu adalah sebahagian daripada kasih sayang Allah terhadap hambaNya yang terpilih. Bukan semua orang mendapat ujian yang kita dapat. Berbanggalah kita atas apa yang berlaku kerana setiap ujian yang kita lalui itu memberikan hikmah yang pelbagai. Setiap apa yang berlaku meninggalkan kesan yang positif jika kita tahu memimpin diri kita ke arah kebaikan.

Usah rasa resah setelah ditimpa ujian!!! Tapi rasa bahagia dengan setiap ujian itu kerana ia pasti mendamaikan hatimu jika kamu terimanya dengan redha.....itulah Qadha' dan Qadar yang Allah tentukan kepada kita agar kita sentiasa menggunakan akal untuk berfikir dengan sebaik mungkin. Amanah hidup yang mesti diteruskan kerana kita tiada kuasa untuk meninggalkan nyawa yang dikurniakan Allah kepada kita. Hargailah nyawa selagi ia dikandung badan. Apabila ia sudah pergi,terputuslah segala amalan kecuali tiga perkara." Ilmu yang bermanfaat,sedekah jariyah dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kita".

Jika kita rasa diri kita belum mencapai amalan yang tinggi di sisi Allah,maka sama-samalah kita berlumba-lumba mencari keredhaan Allah Taala. Tidak lupa juga kita banyakkan selawat kepada Baginda Rasulullah s.a.w agar syafaatnya sentiasa menaungi kita di akhirat kelak.

Walaupun kini kita tidak merasai lagi keindahan hidup itu....namun bersyukurlah kerana kita pernah merasai keindahan itu pada satu masa dulu....atau sekarang kita telahpun merasai keindahan itu.....walaupun tak pernah melaluinya dulu...

Wallahu a'lam.