Airmata Terakhir

Airmata Terakhir
"Hidupkan hati dengan ilmu...........Suburkan iman dengan amal"

Wednesday, July 20, 2011

TIPS MENGERATKAN ‘KASIH SAYANG

 Sesungguhnya dengan ertikata dan sifat kasih dan sayanglah penyelesai bagi segala permasalahan dan penyelamat dari segala gangguan iblis laknattullah. Seorang individu yang mempunyai sifat kasih sayang yang tinggi, akan selalu berada dalam keadaan sangat tenang, tenteram, damai, harmoni serta akan merasakan sesuatu perkara yang dimiliki hanyalah bersifat sementara dan tidak akan pernah merasakan ralat akan sesuatu yang diinfakkan walau kepada sesiapa pun isyaAllah, dan dengan perasaan kasih dan sayang yang telus dan tinggi inilah juga anda mudah untuk meminta maaf dan memaafkan kesilapan orang lain.

Demikian jugalah sifat istimewa dan Maha istimewa yang ada pada Maha Pencipta seluruh alam AL-RAHMAN dan AR-RAHIIM ( Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang) dan sesungguhnya sifat yang Maha terpuji ini hanyalah ada pada Allah SWT dan dengan kerana sifat ini jugalah manusia yang hina dan sentiasa bergelumang dengan dosa seperti kita akan sentiasa dimaafkan, diampunkan sekiranya kita bertaubat.

Bagi mengerat dan mewujudkan rasa sifat kasih sayang yang mendalam diantara pertalian keluarga, sesama manusia, sahabat maupun kepada hubungan suami isteri kita perlulah sentiasa berada didalam keadaan memberi laluan atau beralah (tidak mementing hati atau diri sendiri / merasakan hati dan diri kita Allah lah yang menjaganya insyaAllah) dan yang paling penting sekali adalah mendahulukan kepentingan agama iaitu hukum ‘pertimbangan sunnah’. Maka dengan sifat begini akan timbullah perasaan kasih sayang yang telus dan tinggi serta insyaAllah dapat menghapuskan rasa dendam, irihati, dengki khianat sesama sendiri, tamak haloba, perasaan tidak puas hati serta sentiasa menyalahkan orang lain.

Kita haruslah mengikut contoh terbaik kepada junjungan besar Nabi SAW yang sentiasa dalam keadaan rendah diri, berkasih sayang sesama umat dan Nabi SAW juga tidak pernah mementingkan diri sendiri. Rasulullah SAW juga akan senentiasa berikan yang terbaik walau kepada sesiapa pun, walaupun rasulullah SAW tidak punya apa2 sekalipun.

Berikut adalah ringkasan tips bagaimana untuk mengeratkan kasih sayang diantara hubungan suami dan isteri…,



Isteri wajib mentaati segala perintah suami selagi tidak bercanggah dengan syariat islam.
 
Isteri perlu menganggap suami ini adalah jambatan untuk isteri mendapatkan redha Allah. 
 
isteri, wajib mengetahui dan mempelajari segala hukum yang bersangkutan dengan kehidupan berumahtangga dan hal yang berkaitan dengan ketaatan terhadap suami agar terpelihara amal ibadahnya dan memperolehi kebajikan dan menfaat di dunia dan akhirat.
 
Dosa yang teramat besar ialah menderhakai suami(sebelum tidur diharuskan meminta maaf kepada suami)
 
Laknat Allah adalah amat besar bagi seorang isteri yang keluar rumah tanpa izin suami
Para suami wajib mengajar isterinya akan segala ilmu Fardhu Ain dan isteri tidak boleh ingkar dan enggan untuk belajar.
 

Para suami adalah haram mencegah isteri untuk keluar belajar ilmu Fardhu Ain dan segala ilmu yang wajib dituntut sekiranya suaminya itu tidak berkemampuan untuk mengajar.
 
Para Isteri perlu menggembirakan hati suami dengan menyediakan minuman dan melemparkan kepadanya senyuman yang manis,

Para Isteri perlu untuk memberikan kasih sayang sekiranya ingin disayangi.
Para Isteri perlu mempamerkan wajah yang jernih dan ceria, di samping menjaga tutur kata lemah lembut dan tidak menyinggung perasaan suami.
Para Isteri perlu bersangka baik dengan suami dan jangan mempertikaikan kesetiaan suami.
 
Cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t dan suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi redha Allah.
Para Suami harus berlaku adil terhadap isteri.
Para Suami tidak boleh membiarkan isteri dan anak-anaknya terjebak dengan maksiat dan mungkar.

Allah s.w.t akan menghukumkan suami terlebih dahulu di dalam segala hal kebajikan berbanding dengan isteri dan anak-anaknya kerana suamilah yang menentukan segala hal dan berkuasa di dalam rumahtangganya.
Para suami digalakkan belajar ilmu agama dan bergaul dengan mereka yang arif tentang Islam.

Para isteri hendaklah mendorong suami untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan ibadah demi menyelamatkan keluarga daripada azab Allah.
Semoga dengan tips-tips yang ringkas ini dapat membantu anda untuk mewujudkan suasana kasih sayang dan perasaan harmoni serta mengeratkan kasih sayang demi kepentingan sirraturrahim dan kepentingan agama.
 
 by DrJaffry Hassan

Sunday, July 10, 2011

Hilanglah Rinduku



Di saat aku rindu kepadanya,akan kumainkan lagu ini di telinga.

Jatuh cinta sekali lagi?  
Sejauh mana cinta itu akan bertahan? 
Benarkah cinta itu lahir dari hati? 
Bagaimanakah menyuburkan cinta yang telah berputik? 
Ke manakah kan kau bawa cinta ini pergi?

             Percintaan bermula dari sebuah perkenalan yang dirancang ataupun yang tidak dirancang. Percintaan berlaku sekali atau lebih dalam hidup seseorang. Mungkin kejadian jatuh cinta sekali lagi membuatkan pasangan lebih berhati-hati menerima kedatangan cinta baru kerana takut dilukai dan disakiti oleh pasangannya. Cinta yang lahir dari hati yang tulus akan memastikan cinta itu akan bertahan hingga ke jinjang pelamin. Pasangan lelaki dan perempuan akan merancang untuk satu agenda penting dalam hidupnya kerana tidak mahu mengecewakan cinta yang terbina. Apabila keserasian telah ditemukan dalam satu momentum yang padu, segala kesulitan akan bertukar menjadi satu kemudahan yang tidak dijangka. Doa adalah senjata mukmin. Berdoalah sehingga kau temui kebahagiaan yang kau impikan bersama teman yang kau cintai. Layarilah bahtera impianmu itu dengan sulaman kasih sayang yang jitu,keikhlasan yang tulus,kesetiaan yang utuh,tunjang kebahagiaan dan keceriaan hidup berpanjangan. Hargailah cinta yang ada di depan mata. Usah dikejar cinta yang membelakangi Pencipta alam semesta. Bawalah cintamu itu ke syurga yang mengalir di bawahnya air-air sungai yang indah seindah cintamu padanya. Moga mekar cinta itu tidak akan layu dimamah zaman yang rakus ini. Amin.






Solat vs Islam Hadhari

            

                  Masa tak mengizinkan aku solat asar di rumah hari ni. Surau 1 Borneo jadi pilihan hati untuk tunaikan dua waktu solat. Sejurus lepas mengajar tuisyen buat adik Aizuddin, aku meluru keluar dari shopping complex menuju ke surau berdekatan dengan parking kereta. Kerdil rasa diri bila berada di rumah Allah, namun rasa sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menunaikan solat asar dan maghrib untuk 10 Julai 2011. Terdetik dalam hati untuk dikongsikan bersama teman-teman sekalian baik di facebook atau di mana-mana sahaja, bersyukurlah kita kerana masih lagi tunduk patuh pada perintah solat. Teramatlah sedih jika kita amati berapa kerat sangat orang Islam kita kini mengambil berat tentang solat?????



                Masa aku berada di surau tadi,timbul rasa sensitif untuk berkongsi bersama rakan-rakan fb perihal solat. Bukan nak cerita soal kaifiyah solat atau rukun solat, tapi nak rakan-rakan sama-sama alert!!!! Bukan nak mengutuk orang tak solat tapi nak menyampaikan pesan tak seberapa supaya kita ada rasa bersyukur terhadap kasih sayang yang Allah masih bekalkan kepada kita apabila kita menunaikan solat 5 waktu sehari semalam tu. Betapa Allah masih berikan hidayahNya kepada kita yang mungkin ada melanggar perintahNya. Namun sedarkah kita bahawa Allah masih sayangkan kita dengan mengingatkan kita tentang amanah yang perlu kita jaga sebaiknya iaitu SOLAT. 

                Walau di mana sahaja kita berada,perlulah kita ingat bahawa solat itu WAJIB. Tiang agama kita. Jika tiang itu kita robohkan,maka sia-sialah keimanan kita kepada Allah. Pun begitu, Allah masih nak ampunkan dosa kita. Itulah tandanya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Tiada umat Nabi Muhammad yang akan terlepas dari siksaan api neraka atas perbuatan salahnya yang telah lalu kecuali dengan bertaubat iaitu Taubat Nasuha. Taubat Nasuha ialah taubat yang dilakukan dengan penuh kesungguhan untuk tidak lagi mengulangi perbuatan dosa yang telah lalu dan berazam dengan yakin untuk tinggalkan perbuaan dosa itu.

                 Sama-samalah kita berdoa agar iman kita masih lagi wujud dalam sanubari kita, seterusnya jagalah hati kita demi sebuah cinta sejati yang tiada tolok bandingnya. Cinta Ilahi itu cinta hakiki. Titipkan rindu pada Allah pencipta alam ini. Moga cinta itu kekal sampai akhir hayat kita. Amin!!!!

Wallahu a'lam.....Bissowab.

Thursday, July 7, 2011

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

  1. Langit tidak selalunya cerah....kekadang kita sangkakan panas sampai ke petang....rupanya hujan di tengah jalan
  2. Pantai tidak selalu tenang....kekadang ombak menghempas deras...
  3. Bunga tidak selalu mekar.....lama-kelamaan ia layu di tasik hempedu...
  4. Baju yang dipakai tidak selalu baru.....lama-kelamaan ia menjadi lusuh...
  5. Wajah yang muda tidak selalu muda.....lama-kelamaan akan ditelan usia...
  6. Harta yang banyak tidak selalu banyak......lama-kelamaan ia akan berkurang...
  7. Masa yang lapang tidak selalu lapang.....lama-kelamaan ia semakin sempit seperti sekarang....bila kiamat sudah hampir..
  8. Nyawa yang dikandung badan tidak selalu kekal....bila tiba masanya ia akan pergi meninggalkan jasad kita....
Hargailah hidup yang kita miliki kini....walau apa jua bentuk kehidupan yang kita lalui sehingga hari ini....mungkin ada di kalangan sahabat mengalami ujian hidup yang tidak mampu ditanggung oleh orang lain. Namun ingatlah...segala ujian yang menimpa itu adalah sebahagian daripada kasih sayang Allah terhadap hambaNya yang terpilih. Bukan semua orang mendapat ujian yang kita dapat. Berbanggalah kita atas apa yang berlaku kerana setiap ujian yang kita lalui itu memberikan hikmah yang pelbagai. Setiap apa yang berlaku meninggalkan kesan yang positif jika kita tahu memimpin diri kita ke arah kebaikan.

Usah rasa resah setelah ditimpa ujian!!! Tapi rasa bahagia dengan setiap ujian itu kerana ia pasti mendamaikan hatimu jika kamu terimanya dengan redha.....itulah Qadha' dan Qadar yang Allah tentukan kepada kita agar kita sentiasa menggunakan akal untuk berfikir dengan sebaik mungkin. Amanah hidup yang mesti diteruskan kerana kita tiada kuasa untuk meninggalkan nyawa yang dikurniakan Allah kepada kita. Hargailah nyawa selagi ia dikandung badan. Apabila ia sudah pergi,terputuslah segala amalan kecuali tiga perkara." Ilmu yang bermanfaat,sedekah jariyah dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kita".

Jika kita rasa diri kita belum mencapai amalan yang tinggi di sisi Allah,maka sama-samalah kita berlumba-lumba mencari keredhaan Allah Taala. Tidak lupa juga kita banyakkan selawat kepada Baginda Rasulullah s.a.w agar syafaatnya sentiasa menaungi kita di akhirat kelak.

Walaupun kini kita tidak merasai lagi keindahan hidup itu....namun bersyukurlah kerana kita pernah merasai keindahan itu pada satu masa dulu....atau sekarang kita telahpun merasai keindahan itu.....walaupun tak pernah melaluinya dulu...

Wallahu a'lam.

Wednesday, July 6, 2011

Kasih sayang Allah vs Kasih sayang manusia

Kasih sayang Allah tidak akan dirasai tanpa ujian... Kehambaan tidak akan dirasai tanpa munajat... Keinsafan tidak akan dirasai tanpa muhasabah... Banyak mana ujian Allah, banyak itulah kasih sayangNYA pada kita... Yakinlah pada janjiNYA...
 Kita selalu ditimpa musibah kerana kita adalah makhluk yang berada dalam pemerhatian Allah.Kasih sayangNya tidak dapat dinilai dengan mata kasar manusia. Hanya mata hati yang mengenali betapa kasihnya Dia kepada kita.
Apabila kita jatuh dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah,kita akan segera tahu betapa kita perlukan Allah sebagai pendamping kita. Hanya Dia pendamping yang kekal.Belajar untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan dengan penuh keredhaan. InsyaAllah perjalanan hidup bertambah tenang.
~Aaamiin~

Sepi tanpa cintaMu....

Perasaan kesepian datang kepada sesiapapun sebagai satu krisis perubahan yang tiba-tiba, misalnya akibat perceraian atau kematian seseorang yang amat dicintai atau bahkan seseorang yang hidup dalam perkawinan juga boleh dilanda kesepian kerana ditinggalkan suami untuk tempoh yang agak lama. Dewasa ini kehidupan manusia mudah sangat tertekan  dan kekadang kesepian berlaku ditengah kemajuan teknologi dan masyarakat semakin individualistik. Satu keluarga yang berkumpul makan malam tidak lagi kelihatan mesra sesama ahli keluarga bahkan masing-masing lenyap  dalam kesibukan individualistik. Inilah yang menimbulkan rasa kesepian di kalangan manusia ditengah kehidupan berkemajuan teknologi.

Seringkali kehidupan setiap individu dan ahli keluarga mengalami kerugian dalam tidak sedar atau separa sedar seterusnya terpaksa menghadapi kehilangan keintiman yang mengundang pelbagai gejala gangguan kesihatan fizikal dan mental. Contohnya gejala sakit kepala yang kerap, darah tinggi, tekanan emosi, mudah marah dan mudah tersinggung bahkan gangguan kejiwaan dan keinginan untuk mengakhiri hidup, dan lain-lainnya yang kita dapat lihat dan dengar dewasa ini. Akibatnya dapat kita lihat betapa kejatuhan nilai murni di kalangan manusia kini telah mengakibatkan beribu nyawa terpaksa dikorbankan dalam kemalangan-kemalangan yang tidak dijangka. Contohnya lagi, kes bunuh diri,bunuh bayi, perkosaan,rompakan dan pembunuhan yang sama sekali tidak mengendahkan nilai kemanusiaan yang wujud dalam diri setiap manusia. Bahkan boleh dikatakan nilai itu kian susut dan manusia sudah tidak kenal diri sendiri lagi.

Masyarakat berada dalam ketakutan dan kesepian. Mereka takut akan perasaan kehilangan dalam sesebuah hubungan peribadi, lebih-lebih lagi hubungan dengan orang yang dicintai. Ada tiga jenis kesepian yang mudah kita jumpai dalam kehidupan sehari-hari. Pertama, jenis kesepian umum. Kesepian umum dihadapi oleh sesiapa sahaja pada suatu saat tertentu atau waktu tertentu dan kemudian berlalu, misalnya kehilangan pekerjaan. Rasa kesepian karena kehilangan tempat bekerja, berkumpul dengan teman-teman satu pejabat, namun kesepian itu hilang setelah mendapat pekerjaan baru.
Kedua, Kesepian akibat kehilangan. Kesepian ini datangnya tiba-tiba, kehilangan orang yang dicintai karana kematian atau perceraian. Ianya bergantung pada individu itu sendiri dalam menangani masalah kesepian ini. Biasanya penglibatan aktif dalam aktiviti tertentu dapat menggantikan kesepian tadi, langsung mengubati luka yang mungkin ada selama kesepian itu berlangsung. Ketiga, kesepian yang kronik, hal ini timbul karena sebuah ekspektasi yang begitu besar terhadap keluarga, anak, pasangan atau orang yang dicintai namun telah apabila ternyata dikhianati, dikecewakan, sakiti, maka timbullah perasaan negatif akibat tidak adanya rasa percaya diri. Konflik diri yang mendalam ini menciptakan tekanan emosi jangka panjang sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap diri sendiri dan tertekan yang boleh membuatkan hilangnya keinginan atau harapan untuk meneruskan hidup.

Lantas bagaimana cara mengatasi kesepian yang kronik ini? Meskipun kesepian bukanlah penyakit mental namun dapat ia memberi akibat yang buruk terhadap kesihatan jasmani mahupun emosi seseorang. Untuk mengatasinya masalah kesepian ini, maka hubungan relasi dengan Sang Khaliq adalah sangat penting. Semakin kukuh iman dan ketaqwaan seseorang kepada Allah maka kesepian tidak akan pernah hadir dalam dirinya. Dzikir adalah satu cara untuk mewujudkan hubungan komunikasi kita dengan Allah. Komunikasi yang harmonis melalui dzikir akan memberikan impak ketenangan hati sekaligus menghilangkan perasaan kesepian yang kronik. Komunikasi kita yang baik dengan Allah melalui dzikir secara terus menerus juga dapat membuatkan tubuh kita menjadi lebih sihat, lebih indah, lebih harmonis dan membahagiakan. Keluarga sakinah dapat dilaksanakan dengan adanya mawaddah warahmah sesama manusia. Oleh kerana itu, komunikasi yang terbangun dalam setiap anggota keluarga dapat melimpahkan kasih sayang Allah.
Sebagaimana Firman Allah.

'Yaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram' (QS. ar-Raad : 28)

Tuesday, July 5, 2011

Bukan Niatku

Salam dihulur dari kejauhan mata memulakan sebuah persahabatan antara aku dan dia. Dia begitu dingin untuk menyatakan hasrat di hatinya kerana perpisahan yang lalu cukup melukakan dan mengguriskan. Pemergian bekas isterinya itu membuatkan dia menjadi semakin sensitif dan kuat merajuk serta cemburu. Aku cuba berkawan dengannya tanpa banyak soal kerana ku tahu masa akan menentukan segalanya. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Ku cuba yakini diri untuk teruskan sebarang persahabatan baru kerana ku tahu dengan cara itu sahaja dapat buat aku lupakan kisah  duka yang lalu.


            "Jah!....Jah!....." panggil ibu dari ruang makan mengejutkan aku dari lamunan pada senja itu. "yer mak, ada apa?" tanyaku dengan nada yang cukup lembut sebagai seorang anak mithali. " Tiada apa-apa" bersahaja ibu menjawab. Aku tertanya-tanya tujuan ibu memanggil aku, tapi masih tidak mendapat jawapannya sehinggalah malam sudah larut dan pekat. Akhirnya aku ketiduran kerana kepenatan sepanjang hari.


Sambungan....

Bila Dia cipta dia untukku...

             Kekadang kita rasa jemu untuk bercinta lagi bila cinta yang kita idamkan putus di pertengahan jalan.  Kekadang kita hilang kepercayaan tentang cinta kerana cinta  yang kita dambakan mengecewakan dan menghancurkan sebuah hati dan perasaan kurniaan Allah. Kenapa perlu bercinta jika tahu diri akan terluka? Kenapa perlu dicintai jika tahu diri suka melukakan hati orang yang tersayang????

             Cinta adalah sebuah perasaan yang mesra dalam hati manusia sehingga membuatkan hati seseorang berbunga-bunga. Keindahan cinta itu telah membuatkan insan bercinta terlupa tentang dirinya yang sedang lapar,dahaga,sakit,penat dan sebagainya. Betapa saktinya cinta itu sehingga mampu menawan hati manusia. 

                                                                         
             Hati begitu rapuh dan perlu dijaga rapi agar tidak berlaku kelukaan yang sukar dirawati. Betapa pentingnya hati dalam kehidupan kita, tanpanya hidup tidak bermakna lagi. Hati yang tulus suci dalam sesebuah perhubungan, baik hubungan kekeluargaan, suami isteri, kekasih, sahabat handai dan rakan sekerja, memberi implikasi yang positif dalam hubungan itu. Hati yang tidak ikhlas bercinta akan mengakhiri segalanya dengan cucuran air mata yang tiada bertepi lagi.

             Untuk itu, bercintalah dengan orang yang sayangkan kita kerana kita seadanya. Usah dikejar cinta yang tidak pasti yang hanya membawa kelukaan di sudut hati.  Walaupun terpaksa berkorban demi orang yang kita sayang, itulah tandanya kasih sayang kita sesama insan. Meskipun terpaksa berjauhan namun hakikat cinta itu wujud di dalam sanubari seorang pecinta.

               Cinta ibarat kubah yang tersergam indah menyentuh dada langit