Airmata Terakhir

Airmata Terakhir
"Hidupkan hati dengan ilmu...........Suburkan iman dengan amal"

Sunday, July 10, 2011

Hilanglah Rinduku



Di saat aku rindu kepadanya,akan kumainkan lagu ini di telinga.

Jatuh cinta sekali lagi?  
Sejauh mana cinta itu akan bertahan? 
Benarkah cinta itu lahir dari hati? 
Bagaimanakah menyuburkan cinta yang telah berputik? 
Ke manakah kan kau bawa cinta ini pergi?

             Percintaan bermula dari sebuah perkenalan yang dirancang ataupun yang tidak dirancang. Percintaan berlaku sekali atau lebih dalam hidup seseorang. Mungkin kejadian jatuh cinta sekali lagi membuatkan pasangan lebih berhati-hati menerima kedatangan cinta baru kerana takut dilukai dan disakiti oleh pasangannya. Cinta yang lahir dari hati yang tulus akan memastikan cinta itu akan bertahan hingga ke jinjang pelamin. Pasangan lelaki dan perempuan akan merancang untuk satu agenda penting dalam hidupnya kerana tidak mahu mengecewakan cinta yang terbina. Apabila keserasian telah ditemukan dalam satu momentum yang padu, segala kesulitan akan bertukar menjadi satu kemudahan yang tidak dijangka. Doa adalah senjata mukmin. Berdoalah sehingga kau temui kebahagiaan yang kau impikan bersama teman yang kau cintai. Layarilah bahtera impianmu itu dengan sulaman kasih sayang yang jitu,keikhlasan yang tulus,kesetiaan yang utuh,tunjang kebahagiaan dan keceriaan hidup berpanjangan. Hargailah cinta yang ada di depan mata. Usah dikejar cinta yang membelakangi Pencipta alam semesta. Bawalah cintamu itu ke syurga yang mengalir di bawahnya air-air sungai yang indah seindah cintamu padanya. Moga mekar cinta itu tidak akan layu dimamah zaman yang rakus ini. Amin.






No comments:

Post a Comment