Airmata Terakhir

Airmata Terakhir
"Hidupkan hati dengan ilmu...........Suburkan iman dengan amal"

Sunday, July 10, 2011

Solat vs Islam Hadhari

            

                  Masa tak mengizinkan aku solat asar di rumah hari ni. Surau 1 Borneo jadi pilihan hati untuk tunaikan dua waktu solat. Sejurus lepas mengajar tuisyen buat adik Aizuddin, aku meluru keluar dari shopping complex menuju ke surau berdekatan dengan parking kereta. Kerdil rasa diri bila berada di rumah Allah, namun rasa sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menunaikan solat asar dan maghrib untuk 10 Julai 2011. Terdetik dalam hati untuk dikongsikan bersama teman-teman sekalian baik di facebook atau di mana-mana sahaja, bersyukurlah kita kerana masih lagi tunduk patuh pada perintah solat. Teramatlah sedih jika kita amati berapa kerat sangat orang Islam kita kini mengambil berat tentang solat?????



                Masa aku berada di surau tadi,timbul rasa sensitif untuk berkongsi bersama rakan-rakan fb perihal solat. Bukan nak cerita soal kaifiyah solat atau rukun solat, tapi nak rakan-rakan sama-sama alert!!!! Bukan nak mengutuk orang tak solat tapi nak menyampaikan pesan tak seberapa supaya kita ada rasa bersyukur terhadap kasih sayang yang Allah masih bekalkan kepada kita apabila kita menunaikan solat 5 waktu sehari semalam tu. Betapa Allah masih berikan hidayahNya kepada kita yang mungkin ada melanggar perintahNya. Namun sedarkah kita bahawa Allah masih sayangkan kita dengan mengingatkan kita tentang amanah yang perlu kita jaga sebaiknya iaitu SOLAT. 

                Walau di mana sahaja kita berada,perlulah kita ingat bahawa solat itu WAJIB. Tiang agama kita. Jika tiang itu kita robohkan,maka sia-sialah keimanan kita kepada Allah. Pun begitu, Allah masih nak ampunkan dosa kita. Itulah tandanya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Tiada umat Nabi Muhammad yang akan terlepas dari siksaan api neraka atas perbuatan salahnya yang telah lalu kecuali dengan bertaubat iaitu Taubat Nasuha. Taubat Nasuha ialah taubat yang dilakukan dengan penuh kesungguhan untuk tidak lagi mengulangi perbuatan dosa yang telah lalu dan berazam dengan yakin untuk tinggalkan perbuaan dosa itu.

                 Sama-samalah kita berdoa agar iman kita masih lagi wujud dalam sanubari kita, seterusnya jagalah hati kita demi sebuah cinta sejati yang tiada tolok bandingnya. Cinta Ilahi itu cinta hakiki. Titipkan rindu pada Allah pencipta alam ini. Moga cinta itu kekal sampai akhir hayat kita. Amin!!!!

Wallahu a'lam.....Bissowab.

No comments:

Post a Comment