Airmata Terakhir

Airmata Terakhir
"Hidupkan hati dengan ilmu...........Suburkan iman dengan amal"

Thursday, July 7, 2011

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

  1. Langit tidak selalunya cerah....kekadang kita sangkakan panas sampai ke petang....rupanya hujan di tengah jalan
  2. Pantai tidak selalu tenang....kekadang ombak menghempas deras...
  3. Bunga tidak selalu mekar.....lama-kelamaan ia layu di tasik hempedu...
  4. Baju yang dipakai tidak selalu baru.....lama-kelamaan ia menjadi lusuh...
  5. Wajah yang muda tidak selalu muda.....lama-kelamaan akan ditelan usia...
  6. Harta yang banyak tidak selalu banyak......lama-kelamaan ia akan berkurang...
  7. Masa yang lapang tidak selalu lapang.....lama-kelamaan ia semakin sempit seperti sekarang....bila kiamat sudah hampir..
  8. Nyawa yang dikandung badan tidak selalu kekal....bila tiba masanya ia akan pergi meninggalkan jasad kita....
Hargailah hidup yang kita miliki kini....walau apa jua bentuk kehidupan yang kita lalui sehingga hari ini....mungkin ada di kalangan sahabat mengalami ujian hidup yang tidak mampu ditanggung oleh orang lain. Namun ingatlah...segala ujian yang menimpa itu adalah sebahagian daripada kasih sayang Allah terhadap hambaNya yang terpilih. Bukan semua orang mendapat ujian yang kita dapat. Berbanggalah kita atas apa yang berlaku kerana setiap ujian yang kita lalui itu memberikan hikmah yang pelbagai. Setiap apa yang berlaku meninggalkan kesan yang positif jika kita tahu memimpin diri kita ke arah kebaikan.

Usah rasa resah setelah ditimpa ujian!!! Tapi rasa bahagia dengan setiap ujian itu kerana ia pasti mendamaikan hatimu jika kamu terimanya dengan redha.....itulah Qadha' dan Qadar yang Allah tentukan kepada kita agar kita sentiasa menggunakan akal untuk berfikir dengan sebaik mungkin. Amanah hidup yang mesti diteruskan kerana kita tiada kuasa untuk meninggalkan nyawa yang dikurniakan Allah kepada kita. Hargailah nyawa selagi ia dikandung badan. Apabila ia sudah pergi,terputuslah segala amalan kecuali tiga perkara." Ilmu yang bermanfaat,sedekah jariyah dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kita".

Jika kita rasa diri kita belum mencapai amalan yang tinggi di sisi Allah,maka sama-samalah kita berlumba-lumba mencari keredhaan Allah Taala. Tidak lupa juga kita banyakkan selawat kepada Baginda Rasulullah s.a.w agar syafaatnya sentiasa menaungi kita di akhirat kelak.

Walaupun kini kita tidak merasai lagi keindahan hidup itu....namun bersyukurlah kerana kita pernah merasai keindahan itu pada satu masa dulu....atau sekarang kita telahpun merasai keindahan itu.....walaupun tak pernah melaluinya dulu...

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment